Pages

Thursday, January 19, 2012

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,

Segala puji bagi Allah, pemilik sekalian alam, salawat dan salam kepada junjungan Muhammad sallahualaihi wasallam, keluarga serta para sahabat.

Akhir2 ni, hati asyik terdetik tentang keikhlasan melaksanakan ibadah dalam kehidupan seharian. Banyak soalan ditanya kepada sahabat2 tak kurang juga blogger2 yang saya anggap lebih arif tentang hal2 berkaitan hati.
Dari Zaid bin Arqam r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya, “Barangsiapa yang mengucapkan ‘Lailahaillallah’ dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanya kepada baginda SAW.  “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?” Rasulullah SAW. bersabda, “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.” (Hadis Riwayat at-Tabarani)
Sampai begitu sekali pahala ikhlas, mashAllah!
Jom doa semoga hati sentiasa ikhlas beramal dan ikhlas dalam menjalani kehidupan sehari2 inshAllah!

No comments:

Post a Comment