Pages

Sunday, January 15, 2012

Apa keistimewaan pendidik?

Ilmu adalah amal jariah. Pahalanya berterusan selepas kematian. Pendidik adalah golongan yang paling dekat dengan tugas para rasul. Kerana dia mendidik modal yang paling berharga - modal insan. Jurutera hanya berdepan dengan mesin dan alat-alat teknologi tetapi pendidik berdepan dengan sikap dan peribadi teknokrat itu sendiri. Doktor menangani penyakit lahiriah, pendidik menangani penyakit rohani.

Biarlah orang lain rasa begitu, tetapi golongan pendidik tidak boleh merasakan begitu. Pendidik wajib memandang tinggi profesionnya sendiri. Jangan kesal kalau diri tidak dihargai tetapi kesalnya kalau diri benar-benar tidak berharga. Maksudnya, pendidik mesti ada harga diri yang tinggi.

Barulah mereka boleh berjaya mendidik. Gajaran pahala bukan sekadar laba. Penilaian Allah, bukan hanya penilaian manusia.

Pahrol Mohd Juoi

2 comments:

  1. menjadi seorang pendidik ialah cita-cita saya sedekat yang baharu ini. Apapun, moga perjuangan setiap guru ini ikhlas. Kerana ikhlas ialah pintu utama pahala yang besar itu akan masuk. Kalau tak ikhlas, susah juga ganjaran yang berbodong-bondong ini mahu merengkok masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshAllah itu memang harapannya...mohom doanya agar saya dapat sentiasa ikhlas dan bersungguh-sungguh.

      Delete